Semalam da 1 Muharram 1432H. Hari ni 8 Disember 2010. Tak lama lagi 1 Januari 2011.
So, ada dua azam. Pertama untuk tahun Baru Islam 1432H dan kedua untuk tahun baru 2011.
Azam Tahun Baru Islam 1432H
- Menjadi hamba Allah yang taat dan patuh pada ajaranNya.
- Menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.
- Mengurangkan sikap negatif seperti malas, suka melengah2, cepat marah dan sebagainya.
- Kalau ada masa yang lebih, nak memperbanyakkan baca Al-Quran.
- Nak khatam Quran lagi sekali tahun ni.
Azam Tahun Baru 2011
- Belajar bersungguh-sungguh untuk pengajian sarjana.
- Tingkatkan usaha agar apa yang dirancang tercapai.
- Kena belajar untuk berjimat cermat.
- Banyakkan bersabar dengan setiap dugaan dan perangai manusia yang menyakitkan hati.
- Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (baca gosip artis, komik2 jiwang) sebaliknya memperbanyakkan membaca bahan2 yang berfaedah (cth:
Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki,Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga, Kepentingan Solat dan sebagainya). - Dengar cakap ibu dan ayah selalu.
- Nak tingkatkan lagi skill masak - memasak.
Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama mengimarahkan kedatangan tahun baru. Perbaiki kesilapan kita pasa masa lalu dan berubah ke arah kebaikan. Semua manusia pun ada kelemahan masing-masing. Tapi kalau kita tak berusaha nak perbaiki kelemahan kita, sampai bila-bila pun kita berada di takuk yang sama. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H dan Selamat Tahun Baru.


2 comments:
haa,bgusnye die :3 macam ni la anak yg solehah,kiki
hehe... maceh cuk... :3
Post a Comment