Wednesday, December 8, 2010

Azam Tahun Baru...

Bismillah...

Semalam da 1 Muharram 1432H. Hari ni 8 Disember 2010. Tak lama lagi 1 Januari 2011.
So, ada dua azam. Pertama untuk tahun Baru Islam 1432H dan kedua untuk tahun baru 2011.


Azam Tahun Baru Islam 1432H 
  1. Menjadi hamba Allah yang taat dan patuh pada ajaranNya.
  2. Menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. 
  3. Mengurangkan sikap negatif seperti malas, suka melengah2, cepat marah dan sebagainya.
  4. Kalau ada masa yang lebih, nak memperbanyakkan baca Al-Quran.
  5. Nak khatam Quran lagi sekali tahun ni.

 Azam Tahun Baru 2011
  1. Belajar bersungguh-sungguh untuk pengajian sarjana.
  2. Tingkatkan usaha agar apa yang dirancang tercapai.
  3. Kena belajar untuk berjimat cermat. 
  4. Banyakkan bersabar dengan setiap dugaan dan perangai manusia yang menyakitkan hati.
  5. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (baca gosip artis, komik2 jiwang) sebaliknya memperbanyakkan membaca bahan2 yang berfaedah (cth: Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga, Kepentingan Solat dan sebagainya).
  6. Dengar cakap ibu dan ayah selalu.  
  7. Nak tingkatkan lagi skill masak - memasak.

Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama mengimarahkan kedatangan tahun baru. Perbaiki kesilapan kita pasa masa lalu dan berubah ke arah kebaikan. Semua manusia pun ada kelemahan masing-masing. Tapi kalau kita tak berusaha nak perbaiki kelemahan kita, sampai bila-bila pun kita berada di takuk yang sama. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H dan Selamat Tahun Baru.

2 comments:

CoconutShake said...

haa,bgusnye die :3 macam ni la anak yg solehah,kiki

Puteri Lindungan Bulan said...

hehe... maceh cuk... :3

Post a Comment