Thursday, February 2, 2012

Tahniah Sayang...

Bismillah...

Sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah, arini Encik T dah berjaya khatam Quran buat kali kedua... I'm so proud of him... =) Sesungguhnya memang banyak manfaat yang akan kita peroleh bila membaca Quran... Antaranya:
  • “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)
  • Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
InsyaAllah kalau tiada aral, terasa macam nak masakkan pulut kuning dengan kari ayam untuk meraikan beliau... Harap-harap menjadi la ye pulut kuning hasil air tangan saya nanti... aminnnn~   


Lelaki soleh adalah dambaan setiap muslimah..  

One Step Closer...

heart beats fast
colors and promises
how to be brave
how can I love when I'm afraid to fall
but watching you stand alone
all of my doubt suddenly goes away somehow
one step closer

I have died everyday waiting for you
darling dont be afraid I have loved you
for a thousands years
i love you for a thousands more

time stands still
beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
what's standing in front of me
every breath
every hour has come to this
one step closer
one step closer


p/s: sayang awak selalu... :)

Saturday, July 2, 2011

Doodle Muslimah Pemalu...

Bismillah...

Taraaaa!! ini dia doodle pertama saya...disebabkan saya tengok ramai blogger buat doodle, jadi saya pun tergerak hati jugak nak buat doodle saya sendiri... 

Walaupun saya ni tak la berapa pandai nak melukis, tapi berkat kesabaran yang tinggi, maka terhasillah doodle ni...ok la ni kan untuk orang yang tak brape pandai sgt bab lukisan ni...hehe...



Rasa puas hati dapat lukis sendiri doodle ni...ingatkan selama ni memang fail kalau melukis, tapi kalau tak cuba kita takkan tahu kan kebolehan diri sendiri...lepas ni boleh la asah bakat lagi dalam lukisan...hehe..

Friday, July 1, 2011

Finding Inner Peace...

Bismillah...

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering saja menghadapi dugaan.. Kadang-kadang dugaan itu sangat berat hingga membuat kita hampir berputus asa.... Namun, keyakinan pada Ilahi membuatkan kita tetap bersabar dan memiliki harapan...

Kehidupan manusia tidak akan pernah lari dari dugaan...dunia ini ibarat tempat persinggahan di mana Allah menguji hamba-hambaNya... Perasaan sedih, marah dan berputus asa adalah lumrah bagi seorang manusia yang punya hati dan perasaan... Namun, bagaimanakah harus kita hadapi dugaan di dunia ini agar kita sentiasa di dalam keredhaanNya.. Di sini saya kongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan... Semoga kita semua akan beroleh ketenangan di dunia dan akhirat... Amin...  

1. Doa Menghadapi Kesulitan

اللهم لا سهلَ إلاَّ ما جعلتَهُ سَهلا وأنت تَجعَلُ الحَزنَ إذا شِئتَ سهلا
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya"


2. Doa Menghilangkan Rasa Marah

أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرجيمِ. اللهم اغفِرلِي ذَنبِي وأَذهِب غَيظَ قَلبِي وأَجِرنِي مِن الشَيطَانِ الرَّجِيم
"Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk, Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk"


3. Doa Memohon Kesabaran

  
اللهُمَّ أَفرِغ عَلَيناَ صَبراً وثَبِّت أَقدَامَناَ وانصُرنَا عَلَى القَومِ الكافرين
 "Wahai Tuhanku,aku berlindung denganMu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan,kegundahan dan dari azab kubur"


Kita hanya mampu berusaha, Allah juga yang Maha Mengetahui

Friday, June 24, 2011

Kelas Menjahit: Day 3

Bismillah...


Hari ni sambung lagi menjahit lagi 3 corak manik... nasib baik senang je nak jahit... hehe... alhamdulillah, habis sudah belajar jahit manik...minggu depan da boleh belajar jahit baju kurung dengan telekung... yayyy! :D

Day 3

Thursday, June 23, 2011

Apam Polkadot...

Bismillah...

Kali ni saya nak kongsi resepi apam polkadot yang dah pun saya cuba bersama-sama dengan makcik saya... senang je nak buat apam ni... Bagi yang berminat, bolehla mencuba resepi ni...resepi ni boleh didapati dari myResepi.com.....

Apam Polkadot

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah sahaja).
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak  (masa kukus tu,jgn lupe letak kain supaya air kukusan tak jatuh kat apam)

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, June 21, 2011

Kelas Menjahit: Day 2

Bismillah...

Hari ini hari kedua saya di kelas menjahit. Si adik yang pada mulanya tak nak join, tibe-tibe pulak terbuka hati nak belajar. Hehe. Bagus jugak adik pun join, ada jugak kawan nak belajar. Pelajar yang lain dah start buat baju kurung, tetapi kami berdua masih lagi belajar jahit manik.


Day 2


Hari ni sambung lagi jahit 2 jenis corak manik. Ada beberapa lagi corak yang akan cikgu ajar minggu ni. Lepas ni bole la jahit manik sendiri kat baju.


Biar lambat, asalkan selamat.