Bismillah...
Sebagai makhluk Tuhan yang bernama manusia, saya tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan...Tuhan menjadikan seseorang itu berbeza dari yang lain dan dikurniakan kebaikan dan kelemahan yang tersendiri...Perempuan berbeza sifatnya dengan yang lelaki...Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dan menjadikan perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Secara umum, lelaki dan perempuan berbeza tentang:
- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
Lelaki dikurniakan Allah dengan 9 akal, 1 nafsu supaya dia boleh mengawal dan membimbing isteri dan anak-anaknya kelak. Berlainan sekali dengan perempuan yang memiliki 9 nafsu, 1 akal yang mendedahkan mereka kepada banyak keburukan sekiranya 9 nafsu tersebut tidak dikawal. Ya, sebagai seorang wanita, saya akui kadang-kadang saya lebih banyak dipengaruhi emosi. Keputusan yang dibuat kadang-kadang lebih banyak mengikut kata hati. Itulah kelemahan saya yang begitu ketara sekali mungkin pada pandangan si dia.
Saya hanya manusia yang lemah, yang serba kekurangan. Terasa malu apabila seseorang nampak kelemahan pada diri kita. Malu apabila dia memilih saya kerana kelemahan yang ada pada saya. Ya, saya sangat malu. Lantas, pelbagai persoalan bermain-main di minda saya. Mampukah saya berhadapan dia selepas ini? Menyedari diri tak sesempurna mana, layakkah saya untuk lelaki sebaik dia?
BERUBAH. Satu perkataan yang saya terfikir buat masa ini. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. Berubah supaya dia boleh memandang saya dengan persepsi yang selayaknya. Ya, itulah yang akan saya lakukan untuk mengembalikan semula rasa bangga terhadap diri sendiri.
Saya sedar, perjalanan untuk berubah adalah satu liku yang saya perlu tempuhi. Namun, kenikmatan mencapai impian menjadi yang terbaik adalah nikmat yang cukup manis. Doa saya, semoga kenikmatan itu akan saya kecapi suatu hari nanti.
Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.
Bicara hati:
Apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.
Apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.


0 comments:
Post a Comment