Saturday, July 2, 2011

Doodle Muslimah Pemalu...

Bismillah...

Taraaaa!! ini dia doodle pertama saya...disebabkan saya tengok ramai blogger buat doodle, jadi saya pun tergerak hati jugak nak buat doodle saya sendiri... 

Walaupun saya ni tak la berapa pandai nak melukis, tapi berkat kesabaran yang tinggi, maka terhasillah doodle ni...ok la ni kan untuk orang yang tak brape pandai sgt bab lukisan ni...hehe...



Rasa puas hati dapat lukis sendiri doodle ni...ingatkan selama ni memang fail kalau melukis, tapi kalau tak cuba kita takkan tahu kan kebolehan diri sendiri...lepas ni boleh la asah bakat lagi dalam lukisan...hehe..

Friday, July 1, 2011

Finding Inner Peace...

Bismillah...

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering saja menghadapi dugaan.. Kadang-kadang dugaan itu sangat berat hingga membuat kita hampir berputus asa.... Namun, keyakinan pada Ilahi membuatkan kita tetap bersabar dan memiliki harapan...

Kehidupan manusia tidak akan pernah lari dari dugaan...dunia ini ibarat tempat persinggahan di mana Allah menguji hamba-hambaNya... Perasaan sedih, marah dan berputus asa adalah lumrah bagi seorang manusia yang punya hati dan perasaan... Namun, bagaimanakah harus kita hadapi dugaan di dunia ini agar kita sentiasa di dalam keredhaanNya.. Di sini saya kongsikan beberapa doa yang boleh diamalkan... Semoga kita semua akan beroleh ketenangan di dunia dan akhirat... Amin...  

1. Doa Menghadapi Kesulitan

اللهم لا سهلَ إلاَّ ما جعلتَهُ سَهلا وأنت تَجعَلُ الحَزنَ إذا شِئتَ سهلا
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya"


2. Doa Menghilangkan Rasa Marah

أعوذُ باللهِ من الشيطانِ الرجيمِ. اللهم اغفِرلِي ذَنبِي وأَذهِب غَيظَ قَلبِي وأَجِرنِي مِن الشَيطَانِ الرَّجِيم
"Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk, Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk"


3. Doa Memohon Kesabaran

  
اللهُمَّ أَفرِغ عَلَيناَ صَبراً وثَبِّت أَقدَامَناَ وانصُرنَا عَلَى القَومِ الكافرين
 "Wahai Tuhanku,aku berlindung denganMu dari kelemahan, kemalasan, ketakutan,kegundahan dan dari azab kubur"


Kita hanya mampu berusaha, Allah juga yang Maha Mengetahui

Friday, June 24, 2011

Kelas Menjahit: Day 3

Bismillah...


Hari ni sambung lagi menjahit lagi 3 corak manik... nasib baik senang je nak jahit... hehe... alhamdulillah, habis sudah belajar jahit manik...minggu depan da boleh belajar jahit baju kurung dengan telekung... yayyy! :D

Day 3

Thursday, June 23, 2011

Apam Polkadot...

Bismillah...

Kali ni saya nak kongsi resepi apam polkadot yang dah pun saya cuba bersama-sama dengan makcik saya... senang je nak buat apam ni... Bagi yang berminat, bolehla mencuba resepi ni...resepi ni boleh didapati dari myResepi.com.....

Apam Polkadot

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah sahaja).
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak  (masa kukus tu,jgn lupe letak kain supaya air kukusan tak jatuh kat apam)

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, June 21, 2011

Kelas Menjahit: Day 2

Bismillah...

Hari ini hari kedua saya di kelas menjahit. Si adik yang pada mulanya tak nak join, tibe-tibe pulak terbuka hati nak belajar. Hehe. Bagus jugak adik pun join, ada jugak kawan nak belajar. Pelajar yang lain dah start buat baju kurung, tetapi kami berdua masih lagi belajar jahit manik.


Day 2


Hari ni sambung lagi jahit 2 jenis corak manik. Ada beberapa lagi corak yang akan cikgu ajar minggu ni. Lepas ni bole la jahit manik sendiri kat baju.


Biar lambat, asalkan selamat.

Cemerlang @ Gagal, Bersyukurkah Kita?

Bismillah...


Memandangkan result exam sudah pun keluar, maka entry untuk kali ini menyentuh tentang keputusan peperiksaan. Kalau ditanya pada semua orang, majoriti akan memilih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya pun tidak terkecuali. Mana ada orang yang belajar untuk gagal kan? Penat2 pegi kelas, tak tido nak siapkan assignment, kena marah dengan lecturer, takkan la tak berharap langsung nak dapatkan result yang cemerlang.

Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan CEMERLANG? Apa makna CEMERLANG dalam kehidupan ini? Adakah dengan memperoleh cgpa 4.00 itu mengambarkan keCEMERLANGan? Setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri.

Kenapa kita perlu CEMERLANG?

Sebab yang paling utama ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Bagaimana mahu menjadi khalifah kalau tidak berilmu? Maka, disebabkan itu diwajibkan ke atas kita untuk mencari ilmu supaya boleh dimanfatkan untuk kepentingan umat manusia. Namun apa yang berlaku, manusia menjadi bongkak, lalai dan riak dengan ilmu yang dimiliki mereka. Kita menjadi semakin lupa pada Allah, lupa pada tanggungjawab kita yang sebenar. Dan yang paling ditakuti, kita lupa nak bersyukur atas ilmu yang telah dipinjamkan Allah kepada kita.

Kenapa kita GAGAL?

Kepada mereka yang kurang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, tak perlu la kita berasa sedih. Seharusnya kita bersyukur kerana daripada kegagalan dan ketidakpuasan hati itulah kita akan lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik Sesungguhnya, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa tetapi Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bila cemerlang, panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Bila gagal, itu tandanya Allah ingin menguji kita. Dan apabila kamu diuji,hendaklah kamu mengucapkan 'Alhamdulillah' dan bukannya mengeluh.

Bicara hati:
Alhamdulillah, result yang memberangsangkan untuk sem 1 ni...


Monday, June 20, 2011

Kelas Menjahit: Day 1

Bismillah....

Ini adalah entry pertama sejak 2 bulan tak update blog...Maklumlah, blog hanya akan diupdate jika ada sesuatu yang nak dikongsikan...Entry kali ini tentang hari pertama mendaftarkan diri untuk belajar menjahit....sekali-sekala nak menambah ilmu dalam bidang jahitan ni...mana la tahu suatu hari nanti boleh jahit baju sendiri...kelas jahitan ni diadakan di tadika KEMAS...yuran dia sangat murah, RM10 sebulan....sangat berbaloi, kelengkapan semuanya disediakan...

Hasil pembelajaran

Untuk hari pertama, cikgu ajar macam mana nak jahit manik...ada pelbagai jenis corak yang bole kita buat...tapi untuk hari pertama ni, saya hanya sempat buat 3 jenis corak je...memang menuntut kesabaran yang sangat tinggi kalau nak menjahit manik ni....kita tak boleh gopoh, nanti hasil jahitan jadi tak kemas...bila jahitan tak kemas, cikgu akan suruh jahit semula... >.<



 
Bicara Hati:
semoga ilmu yang dituntut berguna di kemudian hari....


Saturday, April 2, 2011

Ya, Saya Manusia Yang Lemah....

Bismillah...

Sebagai makhluk Tuhan yang bernama manusia, saya tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan...Tuhan menjadikan seseorang itu berbeza dari yang lain dan dikurniakan kebaikan dan kelemahan yang tersendiri...Perempuan berbeza sifatnya dengan yang lelaki...Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai 9 akal dan 1 nafsu dan menjadikan perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Secara umum, lelaki dan perempuan berbeza tentang:
  • Cara berkomunikasi
  • Cara berfikir
  • Tahap kepekaan dan perasaan
  • Tanggapan
  • Tindakan dan perbuatan
  • Kehendak dan pengharapan
  • Cara mempamerkan penghargaan
  • Cara dan tahap pengorbanan 
Lelaki dikurniakan Allah dengan 9 akal, 1 nafsu supaya dia boleh mengawal dan membimbing isteri dan anak-anaknya kelak. Berlainan sekali dengan perempuan yang memiliki 9 nafsu, 1 akal yang mendedahkan mereka kepada banyak keburukan sekiranya 9 nafsu tersebut tidak dikawal. Ya, sebagai seorang wanita, saya akui kadang-kadang saya lebih banyak dipengaruhi emosi. Keputusan yang dibuat kadang-kadang lebih banyak mengikut kata hati. Itulah kelemahan saya yang begitu ketara sekali mungkin pada pandangan si dia.  

Saya hanya manusia yang lemah, yang serba kekurangan. Terasa malu apabila seseorang nampak kelemahan pada diri kita. Malu apabila dia memilih saya kerana kelemahan yang ada pada saya. Ya, saya sangat malu. Lantas, pelbagai persoalan bermain-main di minda saya. Mampukah saya berhadapan dia selepas ini? Menyedari diri tak sesempurna mana, layakkah saya untuk lelaki sebaik dia?  

BERUBAH. Satu perkataan yang saya terfikir buat masa ini. Berubah untuk menjadi yang lebih baik. Berubah supaya dia boleh memandang saya dengan persepsi yang selayaknya. Ya, itulah yang akan saya lakukan untuk mengembalikan semula rasa bangga terhadap diri sendiri.  
    Saya sedar, perjalanan untuk berubah adalah satu liku yang saya perlu tempuhi. Namun, kenikmatan mencapai impian menjadi yang terbaik adalah nikmat yang cukup manis. Doa saya, semoga kenikmatan itu akan saya kecapi suatu hari nanti.

    Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.

    Bicara hati:
    Apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir.

    Cinta Sempurna...

    Bismillah....




    Aku manusia lemah
    Selalu terjatuh
    Berbeda aku dari mu
    Kau berdiri teguh

    Aku serba tiada
    Aku kekurangan
    Dan bila kau tiba
    Aku hilang dari kewujudan

    Sempurnanya sifatmu
    Tulusnya hatimu
    Jujurnya niatmu
    Tingginya kesabaranmu

    Lepaskanlah diriku
    Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
    Cinta sempurna
    Darimu...
    Darimu...

    Bukan aku tak pernah
    Mengerti dirimu
    Ku sanjung setiap kata cinta
    Kau berikan aku

    Hilangkan rasa itu
    Akhirkan semua
    Dan bila kau sedar
    Aku hilang dari kewujudan

    Sempurnanya sifatmu
    Tulusnya hatimu
    Jujurnya niatmu
    Tingginya kesabaranmu

    Lepaskanlah diriku
    Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
    Cinta sempurna
    Darimu...
    Darimu...
     
     
    p/s: siapalah saya untuk lelaki sebaik itu...

    Friday, February 4, 2011

    Dia Sampai Da...

    Bismillah....

    Akhirnya tercapai jugak hajat nak beli mini paper shredder... mesti korang pelikkan, nak buat ape dgn paper shredder ni... kisah bermula apabila saya mencari idea untuk menghasilkan sekeping kad istimewa buat si dia yang bertandang ke seremban....ecece...secara tak sengaja, saya terjumpa satu teknik membuat kad yang begitu unik dan cantik sekali...hurrmmm, bagus jugak kan kalau saya mencuba teknik tu untuk menghasilkan sesuatu yang boleh diingati selamanya...







    p/s: kalau nak tahu teknik ape dan mcm mana hasilnye karya sulung saya tu, jgn lupa baca entri yang akan datang...

    Thursday, February 3, 2011

    Jauhkan Rindu...

    Bismillah...

    "Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada cintaMu...Amin.."



    Bila rindu kembali menjengah,
    Menyusup datang melalui sekeping gambar,
    Begitu terasa bibirku bergetar,
    Begitu terasa kakiku makin longlai.

    Ku lihat pada jari-jemariku,
    Menggigil dalam bahang tengah hari,
    Ku sentuh pada bibirku,
    kering mengelupas,
    Ku letakkan tangan pada dadaku,
    Degupannya menjadi deras.

    Ku lihat wajahku dalam refleksi,
    Warnanya pucat membiru,
    Tiada kilauan dalam mata,
    Tiada cahaya pada wajah.
    Hanya kelesuan jelas kelihatan.

    Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
    Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
    Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
    kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
    Rindu ini rindu yang mencemarkan,
    Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
    Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

    Dahulu,
    Jika rindu yang sama bertandang,
    Akulah insan paling bahagia.

    Kini,
    Jika  rindu yang sama bertamu,
    Akulah insan paling sengsara.
    Aku tak mahukan rasa ini,
    Aku tak mahukan rindu ini.

    Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
    Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
    Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
    Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

    Rabbi,
    Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
    kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

    Rabbi,
    Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
    kerna aku takut pada bayangannya,
    Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
    Hanya bisa pada Tuhan,
    Kerna ku tahu nafsu ini,
    Sering membawa ke arah kejahatan,
    Yang datang dari godaan syaitan.

    Rabbi,
    Ku mohon,
    Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
    Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
    Cinta yang kekal dan abadi.

    - sumber: iloveislam.com -