Friday, June 24, 2011

Kelas Menjahit: Day 3

Bismillah...


Hari ni sambung lagi menjahit lagi 3 corak manik... nasib baik senang je nak jahit... hehe... alhamdulillah, habis sudah belajar jahit manik...minggu depan da boleh belajar jahit baju kurung dengan telekung... yayyy! :D

Day 3

Thursday, June 23, 2011

Apam Polkadot...

Bismillah...

Kali ni saya nak kongsi resepi apam polkadot yang dah pun saya cuba bersama-sama dengan makcik saya... senang je nak buat apam ni... Bagi yang berminat, bolehla mencuba resepi ni...resepi ni boleh didapati dari myResepi.com.....

Apam Polkadot

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah sahaja).
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak  (masa kukus tu,jgn lupe letak kain supaya air kukusan tak jatuh kat apam)

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, June 21, 2011

Kelas Menjahit: Day 2

Bismillah...

Hari ini hari kedua saya di kelas menjahit. Si adik yang pada mulanya tak nak join, tibe-tibe pulak terbuka hati nak belajar. Hehe. Bagus jugak adik pun join, ada jugak kawan nak belajar. Pelajar yang lain dah start buat baju kurung, tetapi kami berdua masih lagi belajar jahit manik.


Day 2


Hari ni sambung lagi jahit 2 jenis corak manik. Ada beberapa lagi corak yang akan cikgu ajar minggu ni. Lepas ni bole la jahit manik sendiri kat baju.


Biar lambat, asalkan selamat.

Cemerlang @ Gagal, Bersyukurkah Kita?

Bismillah...


Memandangkan result exam sudah pun keluar, maka entry untuk kali ini menyentuh tentang keputusan peperiksaan. Kalau ditanya pada semua orang, majoriti akan memilih untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya pun tidak terkecuali. Mana ada orang yang belajar untuk gagal kan? Penat2 pegi kelas, tak tido nak siapkan assignment, kena marah dengan lecturer, takkan la tak berharap langsung nak dapatkan result yang cemerlang.

Tetapi, berapa ramaikah di antara kita yang tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan CEMERLANG? Apa makna CEMERLANG dalam kehidupan ini? Adakah dengan memperoleh cgpa 4.00 itu mengambarkan keCEMERLANGan? Setiap orang mempunyai jawapan yang tersendiri.

Kenapa kita perlu CEMERLANG?

Sebab yang paling utama ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Bagaimana mahu menjadi khalifah kalau tidak berilmu? Maka, disebabkan itu diwajibkan ke atas kita untuk mencari ilmu supaya boleh dimanfatkan untuk kepentingan umat manusia. Namun apa yang berlaku, manusia menjadi bongkak, lalai dan riak dengan ilmu yang dimiliki mereka. Kita menjadi semakin lupa pada Allah, lupa pada tanggungjawab kita yang sebenar. Dan yang paling ditakuti, kita lupa nak bersyukur atas ilmu yang telah dipinjamkan Allah kepada kita.

Kenapa kita GAGAL?

Kepada mereka yang kurang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, tak perlu la kita berasa sedih. Seharusnya kita bersyukur kerana daripada kegagalan dan ketidakpuasan hati itulah kita akan lebih berusaha untuk menjadi yang terbaik Sesungguhnya, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebagai hambaNya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa tetapi Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bila cemerlang, panjatkan kesyukuran pada Ilahi. Bila gagal, itu tandanya Allah ingin menguji kita. Dan apabila kamu diuji,hendaklah kamu mengucapkan 'Alhamdulillah' dan bukannya mengeluh.

Bicara hati:
Alhamdulillah, result yang memberangsangkan untuk sem 1 ni...


Monday, June 20, 2011

Kelas Menjahit: Day 1

Bismillah....

Ini adalah entry pertama sejak 2 bulan tak update blog...Maklumlah, blog hanya akan diupdate jika ada sesuatu yang nak dikongsikan...Entry kali ini tentang hari pertama mendaftarkan diri untuk belajar menjahit....sekali-sekala nak menambah ilmu dalam bidang jahitan ni...mana la tahu suatu hari nanti boleh jahit baju sendiri...kelas jahitan ni diadakan di tadika KEMAS...yuran dia sangat murah, RM10 sebulan....sangat berbaloi, kelengkapan semuanya disediakan...

Hasil pembelajaran

Untuk hari pertama, cikgu ajar macam mana nak jahit manik...ada pelbagai jenis corak yang bole kita buat...tapi untuk hari pertama ni, saya hanya sempat buat 3 jenis corak je...memang menuntut kesabaran yang sangat tinggi kalau nak menjahit manik ni....kita tak boleh gopoh, nanti hasil jahitan jadi tak kemas...bila jahitan tak kemas, cikgu akan suruh jahit semula... >.<



 
Bicara Hati:
semoga ilmu yang dituntut berguna di kemudian hari....