Wednesday, December 8, 2010

Azam Tahun Baru...

Bismillah...

Semalam da 1 Muharram 1432H. Hari ni 8 Disember 2010. Tak lama lagi 1 Januari 2011.
So, ada dua azam. Pertama untuk tahun Baru Islam 1432H dan kedua untuk tahun baru 2011.


Azam Tahun Baru Islam 1432H 
  1. Menjadi hamba Allah yang taat dan patuh pada ajaranNya.
  2. Menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. 
  3. Mengurangkan sikap negatif seperti malas, suka melengah2, cepat marah dan sebagainya.
  4. Kalau ada masa yang lebih, nak memperbanyakkan baca Al-Quran.
  5. Nak khatam Quran lagi sekali tahun ni.

 Azam Tahun Baru 2011
  1. Belajar bersungguh-sungguh untuk pengajian sarjana.
  2. Tingkatkan usaha agar apa yang dirancang tercapai.
  3. Kena belajar untuk berjimat cermat. 
  4. Banyakkan bersabar dengan setiap dugaan dan perangai manusia yang menyakitkan hati.
  5. Kurangkan membaca perkara yang tak berfaedah (baca gosip artis, komik2 jiwang) sebaliknya memperbanyakkan membaca bahan2 yang berfaedah (cth: Ciri-ciri Wanita Dambaan Lelaki, Ciri-ciri Wanita Ahli Syurga, Kepentingan Solat dan sebagainya).
  6. Dengar cakap ibu dan ayah selalu.  
  7. Nak tingkatkan lagi skill masak - memasak.

Kepada semua umat Islam, marilah sama-sama mengimarahkan kedatangan tahun baru. Perbaiki kesilapan kita pasa masa lalu dan berubah ke arah kebaikan. Semua manusia pun ada kelemahan masing-masing. Tapi kalau kita tak berusaha nak perbaiki kelemahan kita, sampai bila-bila pun kita berada di takuk yang sama. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H dan Selamat Tahun Baru.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah....

Bismillah....
 

 
Salam Maal Hijrah, ku doakan agar tahun baru ini Allah memberikan kita hidayah, rahmat dan petunjukNya. Semoga terhindar dari godaan syaitan. Semoga pintu rezeki kita diperluas. Semoga kita semua terus dalam dakapan kasih sayangNya. Semoga Allah memperkukuhkan lagi iman kita dan menerima taubat kita. Ayuh, lakukan perubahan, tingkatkan ibadat dan dekati Allah. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin... 
 

Sunday, December 5, 2010

Craving For This!!


Bismillah...Pagi td bukak facebook dan ternampakla satu picture makanan yg di upload oleh kwn sy...sekali pandang nampak macam burger yg ada mcm2 kaler...tapi ni bukan burger ye tp MACAROON...sejenis makanan Perancis...teringin jgk nk rasa...kata mereka sedap MACAROON ni...sampai mgidam2 nk makan lagi (mmg sedap btul nmpknye)..huhu...setelah bertanya pada pakcik Google, MACAROON ni bole didapati di Bakerzin ataupun Harrods KLCC dgn harga rm15 for 6pieces or rm50 for 27pieces...Lps ni kalau ada kesempatan ke KLCC, saya pasti dan akan mencari si MACAROON yg mnjadi idaman ramai org ni...

 ::macaroons::


Tuti Frutti pn antara benda yg saya teringin nk rasa...xth la ni ice cream ataupn yoghurt...kna cbe dlu bru th...menarik kan? kalau nk makan tutti frutti ni kna cri kt Sunway Piramid....xth ada jual kt mn lg...huhu..nampak sedap..nyumnyumm!!

::tutti frutti::


p/s: menunggu seseorg belanja makan... keke =p

Thursday, December 2, 2010

Konvokesyen...

28 November 2010 -------> HARI KONVOKESYEN!!!!
Detik2 bersejarah sebagai seorang pelajar... tamat blaja secara rasmi... jomla layan gambar2 kt bwh ni.....


alamak, chubby nyer...>.<


with my beloved family...


with siblings...

p/s: sedih sebab en ketua xdapat hadir utk sama2 meraikan hari bahagia sy... huhu.. xpela, untuk konvo master 2 thn lg, sy akan pastikn kehadiran dia... ^_^v